Di jalan aku menuntut ilmu, bermulanya aku bertatih
kadangkala tersungkur jatuh dalam kembara daie
rasa futur dan payah bertandang dalam diri
ada yang berdiri meneruskan perjuangan
ada yang berhenti dan terus berpaling kepuasan
semua itu bergantung kepada diri sendiri
dan pergantungan kita pada ILAHI
andai secara aqidiy
pasti akan dipermudahkan khittah kaki
walau ibtila' terus memerangi
andai kerana syakhsi dan duniawi
mufaraqah pasti terjadi
masalah tidak bersolusi
kerana yang kekal hanya ILAHI
yang menilai amal islami
baik amal fardhi mahupun jamaie
wehdatul amal itu penentu matlamat
tak terhasil tanpa wehdatul fikr
bagaimana mampu dicapai tanpa wehdatul qira'ah dan qudwah
dan pasti ada khilafnya tanpa wehdatul qalb
sebuah buku mampu mencoret banyaknya perancangan hidup
tapi ketentuan Allah akan tapis acuannya
kuasa doa mampu mengubah
maka yakinilah janji ILAHI
No comments:
Post a Comment