Tuesday 7 July 2015

Berpisah Kerana Allah

Assalamualaikum, saya ingin bercerita mengenai seorang kawan saya yang hebat,
yang mana bakal bermusafir di bumi Sungai Nil, saya redha pemergiannya, kerana saya tahu, dia ini orang yang hebat, dan bakal jadi hebat apabila ditarbiah di tanah pejuang jauh disana.

Cik N, pekat loghat utaranya, ilmunya hebat. Seperti biasa, saya ini selalu berjaga malam untuk menyiapkan tugasan, cik N kadangkala singgah dibilik untuk menumpang berjaga. Dia seorang yang sangat kuat membaca, tidurnya awal kerana waktu paginya dia akan berjaga malam untuk membaca buku. Pernah suatu malam, dia menangis di sebelah, saya bertanya mengapa dia menangis, dia berkata, 'aku sedih kerana diri aku tidak mampu menyumbang untuk gerakan Islam.' Pernah juga dilain hari dia menangis, (kuat benor Cik N ni menangis), dia berkata dia sedih kerana belum mampu menguasai ilmu luar mengikut jejak langkah ulama' terdahulu, saya terkedu sebentar.


Saya dan beberapa orang sahabat membawa Cik N pergi ke sebuah muktamar. Kelihatan dirinya sungguh bersemangat disana, saya juga tersenyum puas melihat semangatnya yang tidak pernah pudar. Cik N sangat menguasai Bahasa Arab, ruginya saya tidak gunakan masa yang sebaiknya untuk menuntut ilmu yang ada padanya. Saya selalu berkata, mungkin satu hari nanti dia akan menjadi tokoh agama yang menjadi rujukan manusia luar.


Cik N, ajarku bahawa perjuangan ini tidak pernah memberikan kami sebukit emas mahupun harta yang banyak. Tapi perjuangan ini memberi kami ilmu untuk kami 'kaya' di akhirat nanti. Orang yang berilmu ini akan diangkat Allah maqamnya, maka jangan berhenti langsung untuk menuntut ilmu Allah. Idola kami juga sama iaitu Al-Marhum Tokguru Nik Aziz. Kami suka baca karya tokguru, katanya hebat2, dia juga menjadi rujukan seluruh gerakan Islam diluar. Seingatku, kau lah yang pernah mempertahankan aku, apabila yang lain pernah tidak bersetuju bahawa, 'biar sibuk dengan urusan jemaah kerana disitu banyak keberkatannya.' dan juga kau jua setia berbahas denganku mengenai 'jaharkan' fikrah lebih memudahkan penyampaian fikrah. Nah! ternyata kita memang sekepala (hahaha) eh, sekepala atau sama-sama keras kepala ya?? :p


Suatu hari, kami mendapat berita bahawa al-marhum tok guru meninggal dunia. Semasa itu, saya masih di bilik mengulang hafazan Al-Quran, fokus terhenti apabila bunyi whatsapp tidak putus kedengaran. Saya membuka dan lemah lutut mendapat berita kematian al-marhum. Mata tertumpu pada gambar yang besar di sebelah meja pembacaan. Iya, dialah semangatku, inspirasiku, ubat futurku, tapi benarkah? Saya berlari ke bilik sebelah untuk bertanya kesahihannya, kelihatan 2-3 orang sudah berlinang airmata. Kami terduduk. Seorang sahabatku terus menarikku ke surau, katanya ada bacaan Yaasin di surau asrama banat, saya menuruti tanpa banyak kata. Mesej ke Cik N tidak berbalas, selesai membaca surah Yaasin, saya berlari pantas ke tingkat 2, ternyata Cik N sudah siap siaga untuk 'terbang' ke negeri Kelantan. Tanpa berfikir panjang, kami terus pergi ke sana. Itu mungkin salah satu peristiwa yang cukup membuat hubungan kami menjadi rapat, almaklumlah kerana tindakan kami ke sana, kami diberi iqob yang berat,sakit,perit dan pedih (hehe)


Cik N, salah seorang sahabat yang cukup bersabar dengan kerenah saya Setia disisi saya, jika ada tugasan diluar, didalam atau dimana-mana. Pernah suatu hari, saya bertekad untuk menyertai sebuah usrah di luar, mungkin kerja 'gila' di kalangan mereka-mereka yang sungguh thiqoh, namun saya ceritakan kepada Cik N, hasratku untuk menyertai adalah untuk tesisku berkenaan jihad. 1 ayat yang mungkin cukup membuat Cik N menjadi tidak keruan, 'K.A.J.I'. Saya memujuknya bahawa niat saya ialah untuk mengkaji perbezaan fikrah kami, disamping mantapkan lagi pembacaan dan pemahaman saya berkaitan jihad di medan perjuangan ini. Tanpa panjang berbincang, Cik N bersetuju untuk menemani, mungkin dia risau dan kenal dengan sikap saya, walau dihalang, mungkin tetap akan pergi walaupun terpaksa bersendiri. Setiap malam hari tertentu, kami keluar untuk pergi ke markas mereka, Alhamdulillah tidak terkantoi walau terasa macam dihidu oleh beberapa pihak yang tidak berkuasa, kata Cik N yakinlah dengan pertolongan Allah, kita hanya ingin menuntut ilmu Allah. Markasnya agak jauh dari tempat belajar kami, namun kami cuba siapkan segalanya awal sebelum ke kelas tasmi' pada pagi itu, namun tidak dinafikan, penat yang selalu menguasai diri. Selesai usrah dan ceramah disana, jam 1 pagi kami pulang ke asrama. kami terus mengulang dan jernihkan kembali fikrah kami. merujuk kitab-kitab tertentu dan jika tidak faham dan seakan-akan fikrah yang sedang 'melencong' , saya dan Cik N akan berjumpa dengan ustaz kami yang lebih arif. Jangan risau, ini bukanlah jemaah yang terpesong atau sesat, (hehehe) Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, kerana hakikatnya Kau yang selalu permudahkan urusanku :')


Cik N, banyak sangat aktiviti 'rare' yang kita lalui bersama. Kini, Cik N bakal melanjutkan pembelajarannya di negara Sungai Nil. Saya berdoa agar pembelajarannya dipermudahkan Allah, berat saya nak melepaskan dia pergi, tapi saya sedar dan cuba untuk betulkan niat, berkasih sayang dan berpisah kerana Allah.


Teruskan berjuang Cik N, terima kasih ya Allah kerana pertemukan aku dengan hambaMu yang hebat ini, berkatilah hidupnya, sungguh dia pinjamanmu kepadaku yang terindah :')



No comments:

Post a Comment