Wednesday 8 July 2015

Transformers :: Optimus Prime

Assalamualaikum, disebabkan tadi saya melihat satu program yang hebat di Penang, dan ajakkan saya untuk pergi ke sana telah dikondem oleh beberapa pihak yang begitu thiqoh, makanya saya ingin berbicara sepuas-puasnya tentang hero saya, O P T I M U S  P R I M E ! (haha, iya.. tidak pernah habis jika saya kata saya minat!)


Ok, salah satu autobots yang saya minat, dalam banyak-banyak pimpinan autobots, dialah yang saya paling minati. Mereka ini berasal daripada planet Cybertron, jauh dari planet bumi. Tetapi walau jauh dari kampung halaman, mereka tiba ke bumi, membawa fikrah perjuangan yang murni iaitu menyelamatkan penduduk bumi ini daripada kekejaman jemaah Decepticon yang diketuai oleh Megatron (muka penjahat itu sungguh kejam dan menakutkan!)

Hebatnya Optimus Prime ini, membawa akhlak-akhlak yang perlu kita mengambil ibrah selaku seorang pemimpin. Prime ini seorang ketua yang menjaga kebajikan ahli. Sangat penyabar dengan ahli bawahannya yang begitu banyak ragam dan perangai. Ada antara ahli nya yang amat meminati musik seperti autobot Jazz, namun Prime tidak melihat kekurangan ahlinya, bersabar dengan kerenah Jazz kerana diketahui umum Jazz ini memiliki sifat berani sehingga terkorban di tangan Megatron dalam transformer 1. 

Yang kedua, musyawarah dengan ahli yang belum memahami dasar perjuangan dengan hikmah. Ingatkah anda, apabila transformer dipandang serong oleh penduduk bumi, Prime turun ke medan dan memberi ucapan yang hebat, memberi penerangan yang baik walau dikecam orang yang belum memahami perjuangan. Kalau diikutkan, boleh sahaja dia melancarkan serangan hebat kepada penduduk bumi tersebut, tetapi kerana ingin menarik mad'u dan betapa cintanya dan pahamnya dia dengan matlamat perjuangan, maka dia sabar. Ya, sabar.

Yang ketiga, ada satu sifat perjuangan yang belum hadir dalam diri si pejuang, iaitu rasa C I N T A. 
"Cinta itu sifatnya membangunkan 
manakala benci itu sifatnya meruntuhkan. Binalah
perjuangan kamu dengan penuh cinta, bukan 
sekadar membenci musuh semata-mata."
Jika anda meneliti kisah transformers, anda akan lihat rasa cinta yang begitu melimpah dalam diri setiap autobots. Jika kita melihat sisi pandang pada Prime, maka mungkin ramai yang melihat rasa cinta yang begitu banyak pada satu autobots yang paling comel iaitu B U M B L E B E E . Kali pertama saya melihat autobots ini, dan kisah sedih apabila bumblebee diserang sehingga putus kakinya dalam TRANSFORMERS 3, tetap teruskan berjuang walau bertongkatkan lori yang sudah uzur. Iya, sakit, sihat, lapang atau sempit, jangan ada dalam kamus untuk bersara dari perjuangan. yang memisahkan diri dari berjuang hanyalah kematian. atau suatu kata yang selalu disebut oleh sahabat saya, 
"Teruskan perjuangan , 
rehat kita hanyalah di syurga"

Contohi lah walau sekecil mana akhlak yang baik, kerana walau sebesar zarah budi, tetap dikenang orang sehingga ke mati. 

* Post ini tiada kaitan samada yang hidup ataupun mati, tiada kaitan soal agama atau aqidah, sekalipun fikrah. Sekian, selamat berjuang!


No comments:

Post a Comment