Monday 29 June 2015

S A H A B A T K U Y A N G I N D A H

Dahulu, pernah seorang ustaz memberi tazkir mengenai ujian. Ketika itu, fatrah peperiksaan semakin dekat, banyak hal yang perlu diselesaikan, yang perlu juga dihafaz, terutama kami yang mengambil kos tahfiz dan qiraat.

Nota setebal satu hasta, kami gagahi untuk habiskan. Semua berlumba untuk habiskan awal hafalan agar besok-besok tidak kecundang dan 'muntah' akibat kerja tertangguh. Sepanjang peperiksaan, hal yang paling indah ialah mendapat nota-nota semangat yang ditampal didinding saya, tidak lupa sahabat yang selalu menjenguk saya dibilik risau kalau-kalau syahid seorang diri, serta ditekankan dan dihighlightkan mutabaah amal agar tidak terhenti dek peperiksaan yang menekan jiwa dan raga. Hal yang paling tidak dilupa, saya pernah dihadiahkan kepit kuku doraemon oleh kakak senior, katanya walau peperiksaan, bersih itu perlu, apabila bersih makanya Allah lebih sayang pada kami, dan Allah akan permudahkan segalanya :)

Saya ingin bercerita mengenai seorang sahabat, saya gelarnya disini Cik B. Beliau selalu mengingatkan kami tentang mutabaah amal, risau-risau ada kelompongan dan di'denda' oleh Ameer yang menjengkelkan itu (hihi). Saya dahulu seorang yang bermasalah dari segi mutabaah amal, kadangkala tertidur selepas subuh maka terlomponglah mathurat waktu pagi, kadangkala dek malas menguasai diri, kaki ini menjadi kaku untuk ke Liqo' Asar, kadangkala tertinggal juga mathurat waktu petang kerana waktu  petang ialah waktu untuk saya berjalan-jalan mencari makanan (hehehe)

Cik B ini jauh berbeza dengan saya, walau biliknya ditingkat atas dari bilik saya, saya kadangkala sering berjalan malam di sekitar asrama. Pada jam 3 atau 4 pagi, Cik B sudah siap sedia di tikar sejadah. Kadangkala kesian saya melihatnya, tersengguk-sengguk di atas sejadah namun kagumnya biji tasbih masih ligat menari-nari dijari. Beliau seorang yang sopan santun, tidak hairan saya selalu membulinya (hehehe) , payah untuk memarahi sahabat walau kadangkala kami sedikit nakal di medan tarbiah ini.

Jika didalam adik beradik kami, saya boleh memanggilnya cik air, dia selalu menyejukkan hati kami yang kadangkala dibakar api. Saya ingin menceritakan satu kisah, dimana peperiksaan akhir kami di DQ. Ketika itu semua beremosi, risau dengan imtihan dan quran kami, lebih menyakitkan hati apabila pihak pentadbiran membuat majlis khatam quran selang sehari sebelum exam. Alasannya tiada masa nak sambut , itulah padahnya jika masa tidak disusun rapi. Geram saya pada H E P P P ! (haha)
Apa kaitan kisah ini dengan Cik B? Suatu hari, keluarga saya dan sahabat-sahabat mendapat sepucuk surat daripada 'darul Quran'. Didalam surat itu tertulis bahawa kami akan menduduki peperiksaan, kadangkala penuh emosi, tidak dinafikan masing-masing cukup tertekan dan takut untuk hadapi. Surat itu tertulis, kami sangat memerlukan semangat daripada keluarga, jika surat ini sudah dibaca, silalah balas kepada anak-anak masing-masing yng berada di DQ. Lebih menggelikan hati, apabila ditulis dan dipesan kepada kaum keluarga kami agar dirahsiakan perihal surat tersebut daripada pengetahuan kami.

Selang seminggu sebelum exam, masing-masing gempar dengan kehadiran surat daripada kaum keluarga. Ye, mana tak pelik, ada ibubapa yang meluahkan perasaan melalui surat, tak lain memberi taujihat dari sepucuk surat.  Namun saya tidak menerima surat, hanya sms daripada abah, serta call yang tidak putus dari kaum keluarga memberikan semangat. Pelik juga, kebiasaannya saya yang menelefon terlebih dahulu namun nenek, dan lain-lain terus terusan menelefon sehingga tiba pada hari peperiksaan. Seperti biasa, saya dan beberapa perisik lain cukup pelik, dan terus menggerakkan perisikan kami. Semudah petik jari, Cik B ! Tulisan yang sama, ayat yang sama. Saya memaksanya untuk mengaku, dia hanya tersipu-sipu malu. Dia memohon maaf kepadaku, kerana tak mampu menjadi obor hamasah ketika aku futur, Allahu Allah

Cik B hebat, ujian terhadapnya juga hebat. Cik B sakit :'(
Saya kadangkala menemaninya ke Thibbun Nabawi, kadangkala ke Darul Syifa' untuk rawatannya. Pernah suatu hari, saya menemaninya berjumpa seorang murabbi kami untuk merawat Cik B, Cik B mengerang kesakitan, kadangkala tak sedarkan diri, saya duduk disebelah membantu ustaz sambil membacakan beberapa baris ayat Al-Quran. Tidak sedari, airmata ini terus-terusan menitis. Ye, saya cukup terasa melihat orang menahan sakit, sungguh waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa sebaknya hati melihat orang yang saya sayang sedang berjuang menahan kesakitan. Salah satu kelemahan saya ialah, saya cukup beremosi. Saya menggosok dada Cik B, menghiraukan keadaan sekeliling sambil berkata, 'Allah ada dekat ngan kita, Cik B, Allah ada.. kuatlah! ' Semua perawat disekeliling melihat saya, mungkin kerana saya yang tidak kawal perasaan. Cik B genggam tanganku sambil ucap terima kasih. Selesai dirawat, ustaz berkata, tidak sangka ada lagi persahabatan macam ini, dan ada drama sedih waktu pagi-pagi sebegini, huhu.

Salah seorang sahabatku, yang pernah melihatku senyum, kadangkala ketawa terbahak-bahak, kadangkala menjerit, pernah juga menangis sambil terguling-guling, pernah juga memuncungkan mulut tanda protes, dan pernah juga melihat saya terjatuh longkang! haha namun dialah pelangi saat hati ini dilanda ribut petir.

Kini, Cik B akan bertukar status bersama sahabat seperjuanganku juga, Encik A. Tahniah Encik A, sebab anda salah satu jejaka yang beruntung mendapat seorang bidadari yang begitu indah. Jagalah sahabatku seorang ini dengan baik, selamat membina bait muslim haraki !

Cik B, jika awak memanggil saya Srikandi Haraki,
ketahuilah bahawa awak Sufi Haraki didalam kamus perjuangan saya :')

No comments:

Post a Comment