Thursday 2 July 2015

B U A T A N A K U S R A H

Assalamualaikum, salam sayang bersulam rindu :) 
Jika dahulu, pernah berusrah di tepi tasik, mungkin ada juga di dalam bilik, pernah juga berusrah di TIMES SQUARE, dan jika awak ingat lagi, kita pernah berjalan meredah 'kemuncup perjuangan' untuk ke markas. 

Pengalaman mematangkan pemikiran kebudak-budakan ( apa yang ana tulis ni, haha ) , dari pengalaman itulah meningkatkan hamasah, dari tadhiyyah itulah tingkatkan lagi kefahaman dan mungkin asbab ke'degilan' kita untuk thabat di jalan inilah wujudnya istiqamah. Oleh itu, teruskanlah kedegilan anda untuk menyertai program jemaah, jangan pernah terfikir untuk lari daripadanya kerana percayalah anda amat memerlukan dan diperlukan !


Mengapa pentingnya A M A L  T A R B A W I ?? 

Kerana itulah kekuatan kita untuk melawan musuh. Amal tarbawi ini sungguh dekat dengan perkaderan serta pembinaan aqidah, fikrah dan siasah.Ingat 3 hal yang yang ditekan kan dalam amal tarbawi,
1- Aqidah yang tulen
2- Fikrah islamiyyah
3- Syahsiyyah yang solehah

Nak tahu tak? Amal tarbawi inilah rahsia kehebatan gerakan Islam terdahulu, sampaikan mereka mampu melawan segala sudut suntikan kezaliman yang jahat,zalim, teruk dan lain-lain. Ye, rahsianya ialah A M A L  T A R B A W I ! Kita kelak mungkin dilihat hebat dan gah pada zahirnya dek penampilan dan penonjolan imej politik yang luar biasa tetapi individu anggota dan jamaah itu sendiri terdedah kepada hakisan nilai fundemental dan spiritual Haraki.


Contoh mudah yang boleh saya ketengahkan ialah merosotnya nilai ukhuwwah fillah lantaran sejak lama dulu, usrah diabaikan, tamrin ditinggalkan, qiyamulail dilupakan, ziarah diketepikan. Mungkin kerana kita nak beri tumpuan kepada ceramah umum, pertemuan-pertemuan politik dengan rakan saingan politik yang lain, hubungan dengan pihak media agar menyiarkan kenyataan politik kita, mesyuarat merangka strategi untuk saling mendahului antara satu sama lain terutama menjelang musim muktamar yang ada pemilihan kepimpinan.

Sedang usrah memberi peluang kita mempertaut hubungan atau ukhuwwah fillah dikalangan kita melalui bertanya khabar, makan setalam, bertentang mata, bahu membahu, sama-sama mengaminkan doa rabitah dan lain-lain elemen (di samping usrah menggarap fikrah melalui tasawwur Amal Islami yang jelas) yang mungkin kita lihat ianya kecil tetapi nilainya besar dalam mengukuhkan silah dan rabitah perjuangan antara anggota Gerakan Islam.  (Allahu Rabbi, tazkir untuk diri saya terutamanya)


Dan, saya juga ingin memohon maaf kerana tidak mampu mencapai matlamat sebenar kita berusrah. Antara matlamatnya ialah , nak wujudkan penghayatan Islam didalam diri ahli usrah. Nak tahu? Beratnya tugas naqibah ini ialah mampu memimpin ahli usrahnya dekat dengan Allah, seterusnya dekatkan lagi kemenangan Islam. Besar kan tugas itu? Itu yang diterangkan didalam kitab yang kita selalu baca yakni 'Usrah dan Harakah'.

Mungkin silibus kita sudah habis, bahkan sebenarnya kitalah usrah yang pertama menjuarai dalam silibus kerana mampu khatam kan semuanya awal dari yang lain ( baru nak bagitahu, sebab kalau bagitahu dulu takot2 timbulnya riak,haha. tahniah awak yang rajin hidupkan usrah tak lupa partner usrah saya terchenta ) . Tapi saya takot jika usrah kita ini gagal ! Gagal kenapa ? Gagal kerana tidak berlanjutan atau keterusan. Bukan kah usrah itu bersifat mutawasil ? Makanya lepas ini mungkin kita boleh mengambil inisiatif untuk sering berhubung, dan menyemai baja kasih sayang dalamnya (hihi)

Penatnya menaip, banyak sebenarnya nak kongsi, mungkin akan sambung di lain hari sebab,,,, saya dah ketandusan idea untuk menaip,haha

Untuk awak-awak semua, saya mohon sangat,
JANGAN SENTUH HATI INI JIKA TIDAK MAHU DIRINDUI

Jangan muntah ya, nanti terbatal puasa. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment