Sunday 5 July 2015

Apabila bertemu jiwa H E B A T

Alhamdulillah berkesempatan daurah bersama seorang insan yang hebat thaqafahnya juga tulisannya, Ustaz Riduan Mohamad Nor. Hari ini berbicara dan memperingati perjuangan murabbi agong Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Ustaz memberitahu bahawa hebatnya murabbi ini, sampaikan negara luar memanggil beliau untuk selesaikan masalah gerakan islam di luar Malaysia.

Satu persatu diceritakan mengenai sejarah almarhum didalam bukunya Maestro Dakwah dan Siasah di Malaysia, buku yang saya jadikan panduan sebelum mulakan bicara atau pidato. Buku yang amat berguna jika bermulanya usrah atau ucapan umum. Salah satu orang yang amat saya minati ucapan atau pidatonya ialah Alfadhil Ustaz Fadzil Noor. Kini, bersaksikan kedua mata ini, ramai penggantinya yang cukup lantang berkata-kata seperti Alfadil Ustaz Din Tantawi dan lain-lain. Semoga lebih ramai mencontohi beliau dan almarhum, kerana tidak ramai pemidato yang katanya seperti pedang, mampu membunuh rasa futur dan pudar hamasah seorang pejuang.

Semoga Allah merahmati Almarhum, berbahagialah di sana, semoga saya dan generasi saya mengikut khittah kaki beliau .

No comments:

Post a Comment