Tuesday 12 May 2015

Muslimat itu Jantung Perjuangan


Alhamdulillah, buku yang nipis tapi mampu memberi hamasah yang kuat untuk gadis-gadis haraki terutamanya. Ustaz Riduan Mohammad Nor, salah seorang murabbi yang pernah men'tarbiyah' aku didalam sebuah program tarbiah thaqafah. Masha-Allah, beliau merupakan seorang aktivis dakwah yang unik. kenapa unik?
Tanyalah beliau sejarah apapun, pasti menjawab dengan tepat beserta tahun sejarah. aku kadangkala melabelnya 'ustaz haraki dan sejarah' kerana sungguh beliau tersangat haraki dan pakar dalam sejarah. K A G U M !

 Semasa di kampus dahulu, aku pernah meminjam buku ini daripada sahabat bilikku, Noraini Farhanah binti Ismail (bakal terbang ke Mesir bulan 9 ini,doakan!). Buku yang membincangkan soal peranan muslimat dalam gerakan dakwah. Dewasa ini, ramai yang menyekat penglibatan muslimat didalam aktiviti dakwah, tempiasnya terkena juga terhadapku. Pernah aku membuat sesuatu hal yang mungkin sedikit lasak dan tidak pernah dibuat muslimat disitu (jangan risau, bukan hal yang sangat berbahaya dan tidak melanggar syarak), ketika ini ramai menghentamku dan juga ada yang melabelku sebagai orang yang 'langgar biah'. Namun ramai juga dibelakangku, masih memberi semangat dan hamasah kerana ketika itu, aku sungguh futur. 

Mesej masuk di inbox, ternyata sudah sampai di telinga Murabbi ku yang teratas (orangnya cukup warak, alim dan juga sangat disegani ramai termasuk aku). Telingaku seakan keluar asap untuk mengumpul kekuatan membaca mesej tersebut. Bismillah, mesej dibuka!

'Dunia dakwah ini penuh onak dan ramai orang yang 'gila' didalamnya, maka hendaklah para daie memegang dunia ini dengan gila-gila, sesuai dengan waqi'nya, tak begitu shahira?'

Alhamdulillah. Tazkir buat diri,mungkin selepas ini, aku perlu lebih berwaspada, dan tetap menjaga diri sebaik mungkin. Semoga dijauhkan fitnah terhadap jemaah ini kerana akhlakku sendiri.

Mengingat kembali para sahabiah yang disegani 

Ummu Nusaibah - perisai Rasulullah
Sumayyah - simbol ketabahan
Aisyah - ilmuan muslimat

Aku kurang bersetuju jika dikatakan muslimat hanya penyeri atau pelengkap dalam medan perjuangan kerana muslimat perlu faham bahawa kita lebih dari itu, kita jantung perjuangan.

Bonda Zailah pernah berkata, tiada muslimat, tiadalah perjuangan ini. Jika muslimat yang faham ini tidak turun untuk mentarbiah masyarakat, maka adakah kita ingin melihat generasi kita ditarbiah daripada airtangan mereka yang beraliran sekular atau lebih terok lagi dari paham itu?

Gulp ! Sentap sungguh untuk aku yang baru nak belajar usul pertama dalam usul 20 ini. 

Makanya,antara hal yang perlu kita boldkan disini ialah tarbiah. Tanpa muslimat yang ditarbiah, generasi akan punah ! Tidak boleh kita jauhi tarbiah, menjadi kewajipan kita untuk rela ditarbiah.
Jangan lari dari usrah, tamrin, majlis ilmu dan lain-lain. Kita bukan corak perjuangan, tapi ingatlah peranan kita dalam medan amal islami ini bahawa kita ini yang memegang pena untuk mencorak keindahan dan keterusan perjuangan yang indah ini.



No comments:

Post a Comment