Aku pernah membelek sehelai dua buku 'Cinta di rumah Hassan Al-Banna'. Buku yang aku hadiahkan kepada abahku sempena hari lahirnya. Rumah Hassan Al Banna tidak mewah dengan barang-barang yang mahal, cukup untuk keperluannya sahaja. Hebatnya isteri disisi , bukan sahaja menyediakan keperluan malah isterinya juga merupakan jantung kepada perjuangan didalam rumahnya. Rumah yang hidup itu, boleh menempiaskan biahnya sehingga ke masyarakat luar. Mungkin inilah yang dikatakan keberkatan berjemaah. :)
Rumah idaman sang penggerak, mestilah dipenuhi dengan keberkatan. Keberkatan dalam kasih sayang serta kerinduan, kerana disitu wujudnya kebahagiaan. Kerinduan bila tidak tergeraknya urusan dakwah walau sedetik, maka automatiknya kerinduan ini akan membuat sepasang kaki seolah berluma-lumba, umpama mesin yang tidak pernah henti. Kerana itu, jantung akan selalu lancarkan keterusan berharaki, harapan dan cita-cita untuk menangkan Islam itu akan selalu hidup dalam saliran darah, sehingga sekujur tubuh menjadi hidup dan berhamasah.
Rumah idaman itu juga ibarat bahtera tarbiah. Yang mengemudinya hanya seorang lelaki yang soleh. Baiknya akhlak dan peribadi maka lancarlah perjalanan menuju destinasi. Namun jika pengemudi kapal tidak arif dan tidak berilmu maka sesatlah ia sehingga terpesong dari jalan yang dituju.
Matlamat ?
Kita bukan hanya ingin membina bahtera cinta melainkan markas dakwah kita bersama.
Sekian :)
No comments:
Post a Comment