Sunday 17 May 2015

Allah Uji Apa Yang Kita Jaga


Ya Allah,
Begitu sungguh aku jaga, begitu hebat ujian.
kurniakanlah aku azam yang kuat, istiqamah dalam ibadat dan doa,
dan cekal didalam menembuh ibtila'.

Sememangnya fitrah cinta tidak pernah aku nafikan walau sebesar zarah,
Maka biarlah cinta ini berlabuh kepada bahtera yang Engkau redha,
dan halalkan untukku.

Pernah H A T I ini lalai,
maka ampunilah kami ya Allah.

Jika ada cinta yang melalaikan aku dari mengingat kalamMu,
maka jagalah aku dari tergoda,
jika ia bukan cinta yang Kau redha,
maka hilangkanlah ia,
dan jika ia cinta yang berlebihan,
maka buanglah lebihan itu.

Peliharalah hati ini dengan keberkatan,
moga-moga ianya semakin mewarnai masa depan kami akan datang,
jangan jadikan aku asbab kejatuhannya,
kerana sungguh,
aku merindukan kebangkitannya sebagai seorang pemuda Islam.

Permudahkan segalanya,
Amin.

No comments:

Post a Comment