Monday 11 May 2015

Pembentukan Jiwa



Bagi seorang yang dilamun cinta, semestinya antara waktu yang paling indah ialah memenuhi waktu bersama mereka yang dicinta. Begitu juga aku, hujung minggu yang paling indah ialah berjaya mengkhatamkan sebuah buku karangan inspirasi hidupku, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Berduaan bersama buku-buku :) Ternyata banyak pula koleksi kitab tulisan Tokguru di almari, betapa bahagianya hati dapat memegang dan membaca kitab-kitab karya Tokguru sehingga lumat!

---------------------------------------------------------------------------------------------

Bila sebut tentang pembentukan jiwa, Tokguru menekankan mengenai kehidupan golongan para muda. Masa muda itu tidak akan bertahan, kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya tibalah masa tua. Sedetik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat-saat remaja hanya kenangan. Jika masa muda tidak dipergunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di hari tua.

Teringat pula kisah Tuan Guru Haron Din ketika ijtima' antarabangsa di Terengganu, katanya zaman mudanya beliau pernah menaiki basikal untuk keliling Malaysia. Kehidupan Tokguru Nik Aziz pula, zaman mudanya dipenuhi dengan menuntut ilmu Allah dengan begitu bersemangat. Apabila membaca kisah beliau, ternyata semangat beliau untuk menuntut ilmu itu datang daripada akhlak mulia ayahnya sendiri iaitu Tokguru Nik Mat. Masha Allah, mungkin ramai yang tak mengenai ayahnya, tapi sungguh ayahnya begitu hebat maka tidak hairanlah anaknya mengikuti jejak.

Maka jika inginkan generasi yang hebat, semestinya kita juga haruslah hebat. Ingin hidupkan generasi yang haraki, pastilah kita terlebih dahulu yang haraki. Ingin hidupkan generasi yang cintakan Al-Quran, pastikan setiap hari kita membaca Al-Quran.

Banyak Tokguru mengingatkan soal 'harta'. Ternyata harta yang banyak tidak menjamin kebahagian. Harta boleh undang kezuhudan TAPI harta juga boleh mengundang kemurkaan. Jika kita seorang yang berharta, maka perbanyakkanlah infak dan sedekah untuk kemenangan Islam, moga-moga ianya menjadi amal jariah untuk kita di akhirat nanti.

Beberapa hari lalu, mataku terhenti pada Surah Al-Hadid ayat 11,
'siapakah yang mahu memberikan pinjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan untuk mereka balasan pinjaman itu dan dia akan memperoleh pahala yang banyak'

Sungguh! hatiku sendiri sering terpaut kepada orang yang suka bersedekah. Melihat adikku dan nenekku yang suka bersedekah di hari jumaat, cukup membuat hati aku senang sehingga aku juga terinspirasi dengan akhlak mereka. Melihat sahabatku yang walau duitnya hanya cukup untuk makan namun masih mengeluarkan wang infak jihad sahaja, cukup untuk membuat bibir ini tersenyum walau saat itu aku ditimpa musibah dan masalah.

Masha Allah, ternyata sedekah itu mampu membahagiakan hati maka jadilah kita seorang yang dermawan. Insha Allah, kebahagian bukan sahaja di dunia malah di akhirat nanti juga :)


No comments:

Post a Comment