Friday 24 April 2015

Kehidupanku

Rotan.
Dahulu, untuk belajar A B C , ا ب ت, 1 2 3, sahaja abah memegang rotan sambil mengajar. Walaupun seumur hidupku aku tidak pernah dirotan (mungkin disebabkan aku seorang budak yang baik), tetapi melihatnya sahaja menggerunkan aku. Serta sering mngingatkan aku tentang kewaspadaan tingkahlaku agar tidak dirotan.
Di sekolah, ustazah Bahasa Arab juga sangat garang dan tidak pernah dia terpisah dgn rotan buluhnya. Jika di rumah, aku berjaya untuk menjadi budak yang baik, kini tidak di sekolah. Seingat aku, aku dirotan kerana bermain didalam kelas, lambat ke sekolah, dan lambat ke tempat perhimpunan. Al maklumlah, ketika itu masih di peringkat kanak-kanak ribena, leka bermain sehingga lupa untuk masuk kelas, itu perkara yang biasa!
Seingat aku, di sekolah menengah juga, aku seorang pelajar yang sungguh berdedikasi (cewah). Tidak hairanlah jika selalu menjadi 'musuh' kepada pelajar-pelajar yang anti-skema, namun aku tidak kisah dengan pandangan orang. Nenek selalu berpesan agar berakhlak dengan baik, dan selalu terngiang di telingaku semua taujihatnya.
Naik di IPT,  walau pun pernah aku memegang jawatan berkaitan dengan D*S*PL*N, namun mungkin aku lah orang yang paling tidak sukakan peraturan. Terutama peraturan yang menyusahkan kehidupan aku dan mahasiswa lain contohnya wang cagaran asrama, tidak boleh menjaja, tidak boleh memasak didalam asrama dan banyak lagi peraturan yang 'tidak masuk akal' oleh pentadbiran. Seingatnya, perkara yang paling 'rare' aku pernah lakukan ialah pergi ke Kelantan 'diam-diam' kerana mendapat khabaran berita kematian seseorang. Yang sedihnya, aku sudah menelefon pihak asrama untuk meminta izin keluar dari asrama. Malangnya, seorang pegawai tidak memberi respon. Mungkin kerana jam sudah menunjukkan lewat malam. Aku mengambil langkah drastik, dan melalui suatu 'jalan' yang tidak pernah diambil oleh orang lain. Dengan ditemani oleh sekumpulan bridget mujahidah ansorullah dan 'encik keadilanku', kami selamat sampai di Kelantan. Dengan izin Allah, aku terselamat dari didenda oleh 'pihak yang kurang berkuasa'. Melihat denda yang diberi oleh pihak yang kurang berkuasa itu sahaja membuat aku insaf dan bertekad tidak mahu mengulanginya lagi.
Kini, dengan izin dan takdirNya, aku bertugas sebagai 'ustazah yang comel', mendengar dan mengajar orang menghafal Al Quran, serta mendekatkan masyarakat serta anak2 muda kepada Islam. Dan aku juga tidak terlepas daripada rotan, hehe.
Tamat.
--------------------------------------------------------------
Daripada pembacaanku,
Mendidik anak dari kecil bukan bermula dari mereka kecil, bahkan daripada didalam rahim lagi. Menurut beberapa ulama', wajib para ibu menjaga amalan dan akhlak untuk tujuan mentarbiah diri dan generasi.
Seawal kanak-kanak lagi, didik mereka umpama guru dan murid.
Dan sesudah mereka dewasa, didik mereka umpama kawan baik.
Tarbiah, segalanya bermula dari hati maka jadilah pendidik yang menjaga qalb yakni jaga hubungannya dengan Allah serta hubungannya dengan manusia :)

No comments:

Post a Comment