Monday 15 June 2015

~ kucari S A B A R ~

Sejujurnya kebelakangan ini masa yang amat padat untuk diri saya, pelbagai urusan yang masih belum diselesaikan. Adakalanya saya terlalu cepat beremosi, kasihan mereka yang berurusan dengan diri ini. Sesetengah orang senang untuk berkata sabar, namun berapa ramai yang miliki sifat mulia itu. Saya masih belajar untuk itu, dan alhamdulillah Allah kurniakan insan-insan yang memiliki sifat itu dekat dengan diri ini untuk pelajari dan hayati. Disini saya kongsikan nota untuk diri ini, agar terus usaha untuk S A B A R , berdasarkan pembacaan, nasihat dan petua orang-orang yang saya sayang ^^

1 - Segera mengambil wuduk. 
Air itu menenangkan, bukan sahaja kebahkan demam yang panas, malah percayalah air wuduk juga menyejukkan hati yang 'hangat terbakar.' Pernah di satu program tarbiyah , seorang hamba Allah hilang kesabaran. Dia mengamuk dan keluar kata-kata kesat dari mulutnya. Seorang kakak senior menariknya lantas menyimbah air kepadanya tanpa henti ! saya terkejut, merasa kakak senior itu keterlaluan bertindak kasar terhadap kawanku yang sedang hangat ini, risau juga kalau-kalau kawanku yang mengamuk tadi semakin marah. Kami sangat terkejut, mungkin tidak disangka, kakak yang selalu belai kami, yang cukup terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut itu bertindak sedemikian rupa. Dan, yang kami lagi kami mengejutkan, kawan kami yang tadinya membuak-buak kemarahannya, diam dan kembali kepada asal. Kakak senior itu berpesan kepada kami, banyakkanlah sebut kalimah Allah, dan ingatlah bahawa air ini sifatnya menyejukkan lantas dia membacakan kami kalam Allah yang bermaksud :

“Dan yang menurunkan air dari langit menurut kadar (yang diperlukan) lalu kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati, seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kubur).” (QS. Az-Zukhruf, (43):11

Situasi yang agak panas tadi, terus bertukar kepada sayu. Semua menangis dan tidak terkecuali saya, lalainya kami dengan hati kami sendiri :')

2- Jangan biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa membaca Al-Quran ! Mengapa? Kerana ustaz saya selalu berpesan, bila Al-Quran dah cintakan kita, dan kita juga sudah mula jatuh cinta padanya, automatiknya akhlak kita juga sedikit demi sedikit mengikut acuannya. Ustaz memberi analogi, jika kita jatuh cinta kepada seseorang, mana mungkin ingin membuat perkara yang dia tidak suka. bahkan kita akan meniru akhlaknya, sukai apa yang disukainya dan cuba menjaga diri agar terbaik dimatanya. begitulah juga jika kita jatuh cinta kepada kalam Allah yang sungguh hebat ini.

3- Ajar mulut kita agar tidak terbiasa dengan kata-kata yang kesat. Kadangkala yang semakin membuat saya 'naik angin' ialah mereka yang selalu berkata dengan perkataan yang tidak elok. Paling membuat saya lebih marah lagi, apabila berkata perkataan yang kurang sopan dihadapan seorang budak! eisy! 

4- Bersahabat baik dengan orang yang penyabar. Bersahabat dengan orang yang baik, solehah dan cantik budi bicara ini akan membuatkan kita terasa malu untuk berakhlak buruk. Cuba okey, saya kena belajar bersabar, saya wajib belajar. Sabar untuk tidak marah, sabar untuk tidak cepat merajuk, hehe . Okey, assalamualaikum dunia.



No comments:

Post a Comment