Saturday 13 June 2015

Hablum minallah

Apabila melihat langit, hati berkata :
" Allah, kau sedang lihat aku kan? Dengan kasih sayang kan ? "

Apabila melihat sungai, hati berkata :
" Untungnya sungai, sentiasa berzikir dan tidak pernah berbuat dosa kepada Allah. "

Kasihnya Allah kepada aku, walau kadangkala ditarik nikmat kesihatan, Allah hantar wasilah untuk menjagaku, memberi ubat padaku malah sehingga tidak cukup tidur menjagaku pada waktu malam. Allah kasihkan aku, buktinya Allah hadirkan orang-orang yang selalu ingatkan aku padaNya. Orang yang memberi tazkir agar aku selalu semangat berjuang, orang yang memberi tazkir agar habiskan 1 juz sehari dan orang yang selalu nemberi kefahaman agama kepadaku. Wahai diri, nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan? :'(

No comments:

Post a Comment