Sunday 12 July 2015

Presiden Muhammad Mursi : Seluruh dunia bersamamu!





Ucapan yang menggegarkan jiwa, mengajak akalku berfikir, membuat hatiku terpaut, dan merasai kasih sayang seorang pimpinan Islam. Mata yang melihat ini membuat akal terus berfikir bahawa batang tubuh itulah ditakuti kaum Yahudi. Hati saya terpaut dan rasa dikasihi apabila beliau berkata :



'Saya ingin menjaga kehidupan anak-anak perempuan
kerana mereka akan menjadi ibu kepada anak-anak mereka 
mengajarkan pada anak-anak mereka bahawa bapa dan datuk moyang mereka 
ialah PEJUANG SEJATI !'


Saya pernah membaca sebuah kitab mengenai beliau, Dr.Morsi Al-Hafiz. Ternyata beliau dididik bukan bermula dari sekolah sahaja, malah dari rumah lagi. Ayahnya seorang yang begitu haraki dan sentiasa sibuk dengan urusan dakwah, tidak hairan khittahnya begitu haraki sejak kecil lagi mencontohi ayahnya. Ibunya pula seorang hafizah dan menerapkan ke dalam jiwa anak-anak mereka mengenai akhlak Al-Quran. Anak-anaknya bukan sahaja diajar menghafaz kalam Allah, malah mentadaburinya dan amalkan dalam kehidupan seharian !



Saya suka pidatonya, setiap pidatonya tidak pernah lekang dari mulutnya ayat Al-Quran, sehinggalah pidatonya yang terakhir ketika dijatuhkan hukuman, masih mengingatkan umat Islam tentang amaran Allah didalam Al-Quran. Sebutannya menggetarkan jiwa ini, lantas saya selalu berfikir mengenai nasib umat Islam pada masa akan datang.



Hasbunallahu wa ni'mal wakil.






No comments:

Post a Comment