Saturday 11 July 2015

Aku ini ahli

Aku punya seorang sahabat.
Dahulu ahli, sekarang tidak lagi..

Tapi,
Ruh jihadnya tetap terpahat dihati.
Kini di kampung, bukan lagi universiti..

Solat jemaah sentiasa dilazimi,
Quran dan hadith, dibaca setiap hari,
Kuliah agama, sentiasa dicari,
Sekalipun jauh, sampai juga nnti..

Hatinya lebih berani,
Anak muda kampung, dia dekati,
Mengajar muqaddam dan hadith Nabi,
Kerana dia tahu dakwah itu amali,
Sekalipun dia biasa, bukan lagi ahli.

Aku ini ahli,
Cakapnya kencang,
Meetingnya padat, setiap petang,
Pantang ditembak, lantas menentang,
Kerana aku mengaku akulah pejuang..

Aku ini ahli,
Sibuknya setiap hari,
Kalah menteri, kalah dato sri,
Kuliah tak sempat nk pi, 
buku haraki tak dibaca lagi,
Katanya ini jihad, tapi masjid malas nk pi..

Tapi sayang,
Pulang ke kampung, duduk bersenang,
Solat jemaah jarang , ma'thurat kadang2
Ada masa lapang, masjid baru ditandang,
Ditolak menjadi imam, tp undur ke belakang,
Kerana aku hanya pejuang, di kampus terbilang..

Aku ini ahli,,
Dakwah di universiti,
Dakwah juga pada komuniti,
Pemuda pemudi perlu di dekati,
Orang tua pula mesti digauli..

Kerana aku ini AHLI,
bukan org biasa lagi.

No comments:

Post a Comment