Saturday 25 July 2015

Buku

Alhamdulillah, sebentar tadi telah mengkhatamkan sebuah buku berkaitan travelog aktivis dakwah Alfadhil Ustaz Riduan mohamad Nor tajuknya Aku, Cinta, dan Bulan. Benarlah, semakin jauh perjalanan, semakin banyak pengalaman yang menghebatkan lagi khittah perjuangan. Belajar dari secebis pengalaman orang juga, moga membuat saya bertambah semangat dan terkena tempias hamasah mereka.

Satu hal dan status fb seorang senior yang membuat saya bertambah cinta kepada pembacaan ,

Seorang srikandi mampu mengkhatamkan berjuta buah kitab

Saya bukanlah seorang yang kuat membaca jika dibanding dengan sahabat-sahabat saya. Mereka jauh lebih ghairah membaca buku, kata mereka senang, jika tidak bersaing dengan kitab atau buku-buku, secara automatiknya kita bersaing dengan kejahilan. Nauzubillah, saya cuba untuk termasuk golongan yang cintakan ilmu, menghayati kalam Allah didalam surah Al-'Alaq didalam Al-Furqan.

Rajin-rajinlah membelek helaian ilmu, risau-risau jika besok tulisannya semakin pudar dan hilang. Letaklah ia baik-baik didalam hati, kerana ia akan menemani saat masalah menyelubungi diri. Semoga saya dan generasi saya tergolong dalam golongan yang cintakan ilmu :)

No comments:

Post a Comment