Wednesday 22 April 2015

Aku & Generasi 13



Buat sahabatku..
ku tahu deritanya dirimu..
bila mana sebuah perjuangan menuntut barang yang tiada pada dirimu..
iaitu harta dan jiwa...

pernah suatu hari..
diriku mengikutimu ke sebuah kedai..
ianya sudah melewati 12 tengah malam..
ku tanya, kenapa perlu membeli pada waktu ini..
kau menjawab, ini sahaja masa yang ada selepas selesai melakukan tugas-tugas Islam..
yang masanya tiada kompromi..
jika kita terlewat sudah pasti yang batil berlumba-lumba mengambil hati mad'u kita..

pernah juga suatu ketika..
ketika sedang tidur..
ku terjaga kerana bunyi selakkan kertas...
ku mengintai jam...
rupa-rupanya jam 4 pagi..
namunkau masih khusyuk di meja study...

pernah juga suatu ketika..
ku terjaga...
terkejut melihat sahabat-sahabatku yang kusayangi kerana Allah...
sedang mendirikan qiamullail..
ku intai2 dan sah..!
hanya diriku yang belum terjaga..
lantas ku segera berwudhu'...
malu kerana hanya diriku lambat bangun dek beratnya dosa di badan..
sedangkan yang lain sedang sujud dan rukuk..
mengadap Illahi...

pernah juga suatu ketika...
aku kehabisan wang..
lalu ku segera ke halaqah usrah kita..
bertanya kalau ada sesiapa yang sudi pinjamkan wang..
lantas semuanya mengeluarkan dompet 
dan masing2..
menghulurkan kepadaku wang..
terharunya ku kepada kalian..

pernah juga suatu ketika...
sahabatku kehabisan wang utk makanan..
sedangkan wang utk perjuangan islam..
sering diutamakan..
kalian sangat kurus...
tidak cukup zat seperti diriku... :D
makan sekadarnya...
harta diguna secara cukup berhemah..
kalian juga ada yang ringan bekerja mencari kewangan..
kerana kita semua tidak diberi harta utk berjuang..
tetapi diberi jiwa dan ilmu utk meneruskan perjuangan..

pernah juga suatu ketika..
kau menangis...
tetapi masih tersenyum..
kerana dikelilingi masalah keluarga..
namun,kau masih mampu istiqamah dalam perjuangan...


sahabat-sahabatku adalah qudwah bagiku...kita dipimpin oleh-Nya sehingga merasakan keindahan tawakkal kepada Allah..... rindu pada shbt2ku yang sering menegurku..sering mengajak ku ke halaqah ilmu..sering memeriksa assignmentku adakah sudah siap atau sebaliknya...kalian juga sering memastikan diriku solat berjemaah..menutup aurat dengan sempurna...tidak lupa pernah ada juga yang membuat dan memastikan jadual makanku teratur kerna aku 'malas' untuk menjamah andai kerja masih bertimbun-timbun..

nota yang dilekatkan kat dinding oleh seorang kakak senior sampai sekarang aku mengingatinya..ianya berbunyi begini..:
KALAU BANGUN QIAM, JANGAN QIAM SORANG-SORANG..TOLONG KEJUT ADIK BERADIK LAIN !!!

bunyinya macam tegas tetapi itulah hasil tarbiyyah yang diterima..

Terima kasih ya Allah..atas anugerah persahabatan ini...

No comments:

Post a Comment